Thursday, January 13, 2011

Hidup yg semakin mencabar…

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan memang sukar dibendung dan ianya dijangka akan berterusan seiring dgn peredaran masa ….mmg tiada noktah. Selagi kita hidup …itulah cabaran yg harus kita tempuhi. Terimalah hakikat hidup… adjust semula segala perbelanjaan mana2 yg patut… dan UBAH GAYA HIDUP….hehehe

Sepanjang kita hidup..rasanya dah banyak kali kita menyaksikan harga barangan dan perkhidmatan kerap kali naik. Inilah yg dinamakan inflasi. Saya rasa kenaikan yg sentiasa berlaku ini mungkin ada hubung kaitnya dgn ekonomi permintaan dan penawaran (demand and supply).

Permintaan oleh penghuni planet dunia terhadap barangan asas spt makanan , pakaian, perlindungan dan tempat tinggal ….. yg semakin lama semakin ramai jumlahnya skrg nih …. Manakala penawaran dari sumber2 bumi yg ada, yg semakin lama kian pupus akibat sifat rakus dan tamak…penggunaan sumber2 bumi yg tidak mesra alam….saya rasa semua ini adalah antara punca yg menyumbang kpd kenaikan harga barang yg kian melambung. Teori ekonomi mengatakan..bila penawaran melebihi permintaan : harga perlu diturunkan….bila permintaan melebihi penawaran yg ada : harga terpaksa dinaikkan utk menyeimbangkan keadaan. Inilah yg berlaku skrg..

Dlm Al-Quran pun ada sebut…rosaknya bumi adalah disbbkan oleh tangan2 manusia sendiri iaitu KITA SEMUA !!! yg skrg tgh hidup ini. Jadi janganlah pula mudah menuding jari …salahkan org itu dan ini, k’jaan dsb…..krn manusia sendiri adalah penyebabnya..akibat tidak perihatin kpd penggunaan sumber2 alam dgn secara berhemah.

Kalau di lihat kpd banyaknya bencana yg melanda dunia skrg ni…spt banjir, gempa bumi, tanah runtuh dsb….semuanya ini saya rasa sedikit sebanyak antara faktor2 yg boleh merencatkan perjalanan sektor pertanian dan makanan. Produksi turut terjejas.. Akhirnya pengeluaran tidak dapat menyeimbangi permintaan….lantas pihak pengeluar tidak ada pilihan melainkan terpaksa menaikkan harga komoditi atau bahan mentah utk cover kos pengeluaran…pihak pengilang juga terpaksa membuat perkara yg sama…begitu juga pengedar2. Akhirnya yg menanggung beban kos kenaikan adalah pengguna sendiri krn semua beban telah di transferkan kpd mereka. Eh…eh dah mcm ahli ekonomi lak aku ni… hehe.

Agak2nya ….ntah mcm mana yer anak cucu kita nanti nak mengharungi kehidupan pada zaman mereka pula. Sama2 kita renungkan.

Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment